RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : Satu Amanah
Bilangan Murid : 32 orang
Hari : 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 8:40-9:10 (30 minit)
Tema : Mengenal bentuk huruf
Tajuk : Huruf A-Z (huruf besar dan huruf kecil)
Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi
bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan
ayat dengan betul.
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan
bahan yang diberi dengan betul dan kemas
Standard Pembelajaran : 1.2.1 Mendengar, mengecam dan menyebut nama
abjad dengan betul dan tepat.
3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara yang betul serta tulisan yang
kemas
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
1. Menyebut nama abjad A-Z dengan betul.
2. Menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil ABC dengan cara yang betul.
BBM : Lembaran kerja, Carta-carta huruf abjad rumi A - Z,
Kad-kad huruf ABC, marker pen, papan putih, pemadam papan tulis, kad-kad huruf abjad rumi A – Z.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mendengar lagu ABC.
Nilai Murni : Berani, bertanggungjawab dan bekerjasama.
LANGKAH/ MASA | ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN |
Set Induksi (5 minit) | Menarik minat murid melalui nyanyian Huruf A – Z ada 26 huruf Terdiri daripada huruf besar dan huruf kecil | 1. Guru meminta murid menyanyikan lagu ABC. 2. Guru menerangkan tajuk pelajaran hari ini. | Pengelolaan : Secara kelas. NILAI : Bekerjasama. |
Langkah 1 (12 minit) | Huruf besar dan huruf kecil. | 1. Guru mengedarkan carta-carta huruf abjad rumi A – Z kepada murid. 2. Guru meminta murid menyebut huruf-huruf pada carta tersebut satu persatu. 3. Murid menyebut huruf-huruf tersebut dan guru menyemaknya. 4. Guru menunjukkan huruf besar dan huruf kecil kepada murid. 5. Guru menyebut huruf-huruf tersebut dan diikuti oleh murid. | BBM : Carta-carta huruf abjad rumi A – Z, kad-kad huruf abjad rumi A – Z. Pengelolaan : Secara kelas. |
Langkah 2 (6 minit) | Teknik menulis 3 huruf abjad rumi A-Z yang pertama dengan cara yang betul. Huruf besar dan huruf kecil A, B, dan C. | 1. Guru meminta murid tampil ke hadapan untuk menulis huruf besar dan huruf kecil A, B dan C dengan cara yang betul. 2. Guru menyemak dan membetulkan jawapan murid. | BBM : Kad-kad huruf ABC, marker pen, papan putih, pemadam papan tulis. Pengelolaan : Secara individu. Secara kelas. NILAI : Berani. |
Langkah 3 (5 minit) | ![]() pada huruf kecil. ![]() pada huruf besar. | 1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menyiapkannya. 2. Murid menyiapkan lembaran kerja tersebut dan guru menyemaknya. | BBM : Lembaran kerja. Pengelolaan : Secara individu. Secara kelas. |
Penutup (2 minit) | Huruf A hingga Z. | 1. Guru meminta murid menyebut huruf-huruf abjad rumi A – Z . 2. Murid menyebut huruf-huruf tersebut dengan betul. | BBM : Carta-carta huruf abjad rumi A – Z. Pengelolaan ; Secara kelas. NILAI : Bertanggungjawab. |
No comments:
Post a Comment